Syarat Kelulusan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
Lampiran B
1. Syarat Am
1.1 Kelulusan ini diberi berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh pihak syarikat tuan.
1.2 Apa-apa perubahan ke atas maklumat-maklumat tersebut hendaklah dibuat kemaskini secara online di Madul Kemaskini Profile di alamat www.eperolehan.gov.my dalam dua puluh satu (21) hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku dan sekiranya gagal berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan seperti di para 1.5 di bawah.
1.3 Syarikat hendaklah mengemukakan segala maklumat dalam tempoh yang ditetapkan apabila diminta oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tindakkan sepergi di para 1.5 dibawah.
1.4 Syarikat hendaklah memastikan bahawa yang telah didaftarkan dalam sijil ini tidak bertindih dengan bidang yang telah diluluskan ke atas syarikat seperti berikut.
1.4.1 Mempunyai Pemilik atau Lembaga Pengarah/Pengarah Pengurusan dan Pekerja yang sama atau
1.4.2 Beroperasi di permis yang sama.
1.5 Kementerian Kewangan Malaysia berhak untuk membuat lawatan atau pemeriksaan audit pada bila-bila masa tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Kegagalan mematuhi syarat-syarat pendaftaran, kod bidang dan/atau pendaftaran, kod bidang dan/atau pendaftaran syarikat tuan boleh digantung/dibatalkan dan syarikat, Pemilik serta Lembaga Pengarah/Pengarah diambil tindakkan tatatertib termasuk disenaraihitamkan tanpa apa-apa notis jika didapati maklumat yang diberi tidak benar.
1.6 Syarikat yang baru didaftarkan tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan ke atas Pemilik atau Pengarah dalam tempoh daripada tarikh syarikat didaftarkan.
1.7 Kegagalan syarikat membuat permohonan pembaharuan pendaftaran selepas satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia akan dibatalkan dan dikeluarkan secara automatik daripada Sistem ePerolehan. Syarikat hendaklah membuat permohonan baru.
2. PENGGANTUNGAN/PEMBATALAN PENDAFTARAN
2.1 Pendaftaran syarikat akan digantung/dibatalkan sekiranya didapati syarikat melakukan kesalahan seperti berikut:
2.1.1 Syarikat/pemilik/perkongsian/pengarah/mana-mana ahli telah melakukan jenayah dan didapati bersalah oleh di Malaysia atau luar negeri atau mengalami tanggungan sivil.
2.1.2 Syarikat menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan atau menolak setelah tawaran dibuat.
2.1.3 Syarikat gagal melaksanakan obligasi kontrak-kontrak yang telah ditandatangani dengan Kerajaan.
2.1.4 Syarikat didapati meminda Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan tujuan menipu atau lain-lain maksud.
2.1.5 Syarikat membenarkan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat disalahgunakan oleh individu/syarikat lain.
2.1.6 Syarikat didapati membuat pakatan harga dengan syarikat-syarikat lain semasa memasuki tender Kerajaan atau subkontrak tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Agensi Kerajaan yang terlibat.
3. PEMBAHARUAN
3.1 Syarikat tuan hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran tiga (3) bulan sebelum tamat pendaftaran.
3.2 Permohonan yang diterima selepas tamat tempoh pendaftaran adalah dianggap pembaharuan.
4. HAK KERAJAAN
4.1 Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan secara Virma adalah HAK KERAJAAN. Kerajaan berhak untuk menarik balik pendaftaran/digantung/dibatalkan sekiranya syarikat dikenakan tindakkan tatatertib selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharan Bilangan 6 Tahun 2010.
5. PENYERTAAN PEROLEHAN KERAJAAN.
5.1 Dengan pengeluaran Sijil Vmual, Sijil ini tidak lagi perlu ditunjukkan semasa mengambil dokumen perolehan Kerajaan (pembelian terus, tender/sebut harga dan lain-lain kaedah perolehan) kecuali bagi Agensi Kerajaan yang tiada capaian internet.
5.2 Syarikat hendaklah memastikan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia masih sah laku sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa.
6. PERINGANTAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH.
6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan Kerajaan merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]
0 comments:
Post a Comment